Kilang tekstil Lanark baru Robert Owen

Pada bulan Julai 1799, Owen dan rakan-rakannya membeli kilang New Lanark dari David Dale, dan Owen menjadi pengurus kilang New Lanark pada Januari 1800.[7] Didorong oleh kejayaannya dalam pengurusan kilang kapas di Manchester, Owen bercita-cita untuk mengusahakan kilang New Lanark berasaskan prinsip-prinsip yang lebih luhur daripada komersial semata-mata. David Dale dan Richard Arkwright telah menubuhkan sebuah kilang besar-besaran di New Lanark pada tahun 1785. Dengan kuasa airnya yang disediakan oleh kejatuhan Sungai Clyde, operasi kapas-berputar menjadi salah satu terbesar di Britain. Kilang tersebut dianggotai oleh kira-kira 2,000 individu; 500 daripada mereka adalah kanak-kanak yang dibawa ke kilang pada usia lima atau enam dari rumah-rumah miskin dan badan-badan amal Edinburgh dan Glasgow. Dale yang terkenal dengan amal jariahnya melayan kanak-kanak tersebut dengan baik, tetapi keadaan umum penduduk New Lanark tidak memuaskan. Selama bertahun-tahun, Dale dan menantunya Owen berusaha untuk menambah baik kehidupan pekerja kilang.[11][12]

Kebanyakan pekerja datang dari golongan bawahan masyarakat; gejala sosial seperti kecurian, ketagihan minuman keras dan sebagainya adalah perkara biasa; pendidikan dan sanitasi terabai; dan kebanyakan keluarga tinggal di satu bilik. Warga desa yang bermaruah enggan menanggung kerja kilang yang lama dan membosankan.

Sistem trak pembayaran atas perintah Robert Owen dan Benj Woolfield, National Equitable Labour Exchange, 22 Julai 1833.

Sebelum tergubalnya Akta Trak (1831-1887) yang mewajibkan agar pekerja dibayar dalam mata wang yang sama, kebanyakan majikan mengendalikan sistem trak yang menggaji pekerja dengan token. Token ini tiada nilai wang di luar "kedai trak" yang dikendalikan oleh pemilik kilang yang menjual barang-barang yang tidak bermutu pada harga yang mahal. Berbeza dengan majikan lain, kedai Owen menawarkan barang-barangan dengan harga yang hanya sedikit melebihi kos borong.[7] Beliau juga memindahkan penjimatan daripada pembelian barang-barang pukal kepada para pekerja, serta mengawal ketat penjualan minuman keras. Prinsip-prinsip inilah yang menjadi asas bagi kedai-kedai koperasi di Britain, yang terus berevolusi hingga ke hari ini.

Rujukan

WikiPedia: Robert Owen http://www.answers.com/topic/1828?cat=technology#h... http://www.fotolibra.com/gallery/1305183/robert-ow... http://www.online-literature.com/forums/showthread... http://www.archive.coop/collections/personal-paper... http://faculty.evansville.edu/ck6/bstud/robtowen.h... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068459211